Semasa

Masjid Nabawi dibuka seperti biasa

MADINAH : Malaysia Gazette telah memuat naik rakaman langsung di sosial media ‘Facebook’ berkenaan suasana di Masjid Nabawi, Madinah.

Kelihatan masjid itu dipenuhi orang awam yang melaksanakan ibadah solat subuh setelah sekian lama Masjid Nabawi dikenakan peraturan penjarakan fizikal yang ketat, disebabkan penularan pandemik COVID19.

Walaupun saf sudah tidak ada penjarakan, suasana di dalam masjid masih tenang dan tidak ada jemaah yang berasak-berasak.

Setiap kawasan di dalam masjid turut disediakan cecair pembasmi kuman bagi memudahkan mereka yang mengunjung Masjid Nabawi untuk sinitasi.

Pemakaian pelitup muka dan  larangan masuk untuk kanak-kanak bawah 12 masih dikekalkanbagi mencegah penyebaran COVID19.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button