PalestinSemasa

Bebaskan Palestin berkumandang di Piala Dunia 2022

DOHA: Dalam tempoh 24 jam lalu, 5 warga Palestin telah dibunuh israel menjadikan sejumlah 206 terkorban akibat kekejaman penceroboh zionis itu pada tahun ini sahaja, lapor Times of Gaza.

Laungkan pembebasan Palestin bukan sahaja disuarakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang  komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan muslim di sana, malah suara antarabangsa turut menyuarakan hal yang sama.

Di Qatar ketika Piala Dunia FIFA 2022 sedang berlangsung, penyokong dari serata dunia bukan sahaja bersorak untuk pasukan mereka sahaja tetapi juga sokongan bersama rakyat Palestin yang sedang dizalimi serta ditindas israel.

Tanpa mengira warna kulit mahupun fahaman agama, penyokong bersolidariti dalam menyuarakan keinginan mereka untuk melihat Palestin dibebaskan dan pencerobohan israel mesti dihentikan.

“kita memperingati Hari Perpaduan Antarabangsa untuk bersama rakyat Palestin dengan harapan mereka memperoleh keamanan,” kata Setiausaha Agung PBB, António Guterres

“Rakyat Palestin dizalimi dan tanah mereka sendiri telah dijajah selama 7 dekad.” tegas ahli politik Pakistan, Hina Parvez Butt.

“Ireland akan sentiasa berdiri bersama Palestin,” kata ahli politik Ireland, Jemma Dolan.

“hari ini, kita mesti mengulangi seruan untuk Palestin dibebaskan dan merdeka!” seru Ahli Parlimen British, Jeremy Corbyn.

BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel


Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button