PalestinSemasa

Empat Wartawan Al Jazeera Terbunuh Dalam Serangan Udara Israel di Kota Gaza

Empat wartawan Al Jazeera dilaporkan terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah wartawan berhampiran Hospital Al-Shifa di barat Kota Gaza, semalam.

Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa mengesahkan bahawa koresponden Anas al-Sharif dan Mohamed Qraiqea maut dalam serangan itu, manakala dua jurukamera, Ibrahim Zaher dan Mohammed Noufal, turut terkorban.

Menurut Al Jazeera, Anas al-Sharif sebelum ini aktif membuat liputan berhubung serangan Israel di Gaza sejak konflik tercetus. Beberapa saat sebelum kematiannya, beliau sempat melaporkan mengenai pengeboman berterusan di Kota Gaza melalui platform X.

Dalam pesanan terakhir yang dikongsi selepas kematiannya, al-Sharif menyatakan hasrat untuk kembali ke kampung halaman keluarganya di Ascalon, selain menyeru dunia Arab dan Islam agar tidak berdiam diri terhadap penderitaan rakyat Palestin. Beliau turut berpesan supaya Gaza tidak dilupakan serta meminta agar keluarganya dijaga.

Serangan itu mengorbankan tujuh orang, termasuk lima wartawan, sekali gus menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh sejak bermulanya serangan Israel di Gaza pada akhir 2023 meningkat kepada 237 orang.

Sumber – TRT World

Related Articles

Back to top button