PalestinSemasa

Israel disiasat PBB berhubung dakwaan penyiksaan sistematik terhadap rakyat Palestin

Israel kini berdepan siasatan rasmi oleh Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Menentang Penyeksaan berikutan dakwaan berlakunya penyiksaan secara sistematik terhadap rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, sejak serangan 7 Oktober 2023.

Dalam sesi semakan berkala yang diadakan di Geneva, pelapor PBB, Peter Vedel Kessing, menyatakan bahawa jawatankuasa tersebut “amat terkejut” dengan maklumat dan laporan yang diterima daripada pelbagai sumber bebas termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Israel, Palestin dan antarabangsa. Laporan-laporan itu menggambarkan bahawa penyeksaan digunakan sebagai sebahagian daripada dasar negara Israel.

Antara bentuk penderaan yang dilaporkan termasuk pukulan teruk ke seluruh badan termasuk kemaluan, kejutan elektrik, kebuluran, layanan tidak berperikemanusiaan, penganiayaan seksual serta kaedah penyeksaan ‘papan air’. Kessing menegaskan bahawa tiada alasan yang boleh diterima bagi mana-mana pihak untuk mengabaikan kewajipan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Beliau turut menjelaskan bahawa sejak bermulanya serangan di Gaza, ramai rakyat Palestin telah ditahan secara rahsia dan menerima layanan yang didakwa mencapai tahap “belum pernah berlaku sebelum ini”. Laporan Pejabat Hak Asasi Manusia PBB pada Julai lalu turut mengesahkan bahawa tahanan Palestin berada dalam keadaan yang mungkin dikategorikan sebagai penyeksaan.

Israel bagaimanapun menolak semua tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai “penyesalan maklumat”. Namun, Jawatankuasa PBB Menentang Penyeksaan menegaskan siasatan akan diteruskan bagi menentukan sejauh mana pelanggaran berlaku di bawah Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Layanan Tidak Berperikemanusiaan.

Sumber: TRT World & Agencies

Related Articles

Back to top button