SemasaSukan

Tengku Amir sertai perlumbaan ke Pulau Langkawi sempena RMSIR 2025

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz, menyertai perlumbaan ke Pulau Langkawi dari Pulau Pinang pada kejohanan Regata Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) ke-35.

Tengku Amir memulakan perlumbaan sekitar 12:30 tengah hari dengan kru kapal layar Maduzi, selepas melengkapkan kesemua perlumbaan RMSIR sebelum ini termasuk dari Port Klang ke Pulau Pangkor, Pulau Pangkor ke Pulau Pinang, dan perlumbaan ‘in shore’ sekitar Pulau Pinang.

RMSIR yang berlangsung selama sembilan hari dari 14 hingga 22 November ini disertai 23 pasukan, dan sejak dianjurkan pada 1990, ia merupakan kejohanan kapal layar kedua tertua di Asia, hasil cetusan idea Sultan Selangor ketika bergelar Raja Muda Selangor.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button