PalestinSemasa

Israel Lumpuhkan Rangkaian Pengangkutan Gaza, Sekat Bantuan Kemanusiaan

Pihak tentera Israel didakwa sengaja melumpuhkan rangkaian pengangkutan dan logistik barangan di Gaza dengan memusnahkan kenderaan serta gudang simpanan, sekali gus menyekat agihan makanan dan bekalan asas kepada penduduk tempatan.

Menurut laporan Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med, kerosakan teruk pada infrastruktur pengangkutan dan pengagihan menyebabkan bantuan kemanusiaan yang dibenarkan masuk sukar untuk sampai kepada golongan yang memerlukan.

Kemusnahan Armada Logistik Gaza

Ketua Persatuan Pengangkutan Persendirian Gaza, Nahed Shuhibar, mendedahkan kejatuhan drastik kapasiti logistik di wilayah enklaf berkenaan:

  • Armada Asal: Gaza mempunyai sekitar 1,200 buah trak sebelum serangan meletus bagi mengangkut makanan, ubat-ubatan, bahan api, dan barangan asas.

  • Pengurangan Ketara: Kini hanya sekitar 400 buah trak yang masih wujud, dengan 100 daripadanya tersergam kaku akibat sekatan kemasukan alat ganti, tayar, minyak, dan bateri.

  • Kapasiti Semasa: Hanya 300 buah trak—sekitar 25 peratus daripada jumlah asal—yang masih boleh beroperasi untuk menampung keperluan seluruh penduduk.

Ancaman Kebuluran Tahap Krikital

Memetik kenyataan Ketua Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) di Palestin, Justin Brady, Euro-Med memberi amaran bahawa krisis bekalan makanan di Gaza boleh merosot ke Fasa 5 Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) sekiranya sekatan berterusan.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 212,000 penduduk—hampir 10 peratus daripada populasi Gaza—kini berada dalam fasa kecemasan makanan Fasa 4. Euro-Med menegaskan bahawa Israel kekal terikat di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi orang awam serta memfasilitasi laluan bantuan tanpa sebarang halangan.

Sumber: TRT World & Agensi

Related Articles

Back to top button