DomestikSemasa

Dunia Islam Perlu Kuasai AI Sambil Pelihara Nilai Moral dan Warisan Islam – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat dan dunia Islam agar menguasai teknologi kecerdasan buatan (AI) serta perkembangan teknologi moden tanpa mengabaikan agama, nilai moral, dan warisan keilmuan Islam (turath).

Berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin pada majlis “Gathering of Honour Prime Minister Malaysia” di Markazu Saquafathi Sunniya (Jamia Markaz), Anwar menegaskan bahawa kegagalan memahami dan menguasai AI boleh menyebabkan ulama serta masyarakat Islam terdedah kepada pengaruh luar dan penjajahan pemikiran oleh kuasa asing. Beliau menggariskan bahawa kemajuan teknologi mesti sentiasa dipandu oleh kerangka moral serta etika yang berteraskan Al-Quran dan Sunnah.

Dalam ucapan berkenaan, Anwar turut menyentuh hubungan sejarah yang rapat antara Keralam dan Kepulauan Melayu dalam penyebaran ilmu Islam. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri India Narendra Modi atas sokongan mempermudahkan lawatan kerjanya ke Keralam susulan Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi.

Pada majlis yang sama, Perdana Menteri dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar yang julung-julung kali diadakan, sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan awam beliau selama lebih lima dekad serta sumbangan besarnya dalam keilmuan Islam, dialog antarabangsa, dan pembangunan institusi.

Sumber: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)

Related Articles

Back to top button