PolitikSemasa

Persidangan DUN Sarawak Oktober Depan Dijangka Sidang Terakhir Penggal Semasa — Speaker

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada Oktober depan dijangka menjadi sidang terakhir bagi penggal semasa sebelum mandatnya berakhir pada Februari 2027.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai persidangan tersebut, termasuk senarai Rang Undang-Undang (RUU) yang bakal dibentangkan, akan diumumkan menerusi sidang media khas sehari sebelum persidangan bermula.

“Saya akan mengadakan sidang media sehari sebelum DUN dan sudah tentu, ini persidangan DUN terakhir kerana selepas itu penggal akan berakhir. Setakat ini, pejabat saya belum menerima sebarang RUU daripada kerajaan,” jelas beliau kepada pemberita selepas merasmikan seminar Aku Kasih Malaysia: Pimpinan Belia Negeri Sarawak di Kuching.

Sumber: BERNAMA

Related Articles

Back to top button