PalestinSemasa

Menteri Besar Pahang Ucap Takziah Kepada Keluarga Lim Kim Sheng

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Pengerusi MCA Pahang, Tan Sri Lim Kim Sheng, yang meninggal dunia pada usia 81 tahun.

Wan Rosdy menerusi hantaran di Facebook menyampaikan penghargaan atas pelbagai jasa dan sumbangan mendiang dalam arena politik tanah air, khususnya di negeri Pahang, serta berharap agar ahli keluarga mendiang diberi ketabahan atas kehilangan tersebut.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 2.09 petang, semalam.

SUMBER: BERNAMA

Related Articles

Back to top button