DuniaSemasa

Roti Berusia 5,000 Tahun Ditemui di Barat Türkiye

Lapan keping roti yang hangus dalam kebakaran kira-kira 5,000 tahun lalu ditemui semasa kerja-kerja penggalian di Seyitomer Mound, wilayah Kutahya, barat Türkiye.

Penggalian yang diketuai oleh Direktorat Muzium Kutahya di bawah seliaan ahli arkeologi Sevgi Gurdal itu dijalankan di kawasan loji janakuasa haba bagi mengeluarkan rizab arang batu lignit untuk kegunaan ekonomi. Penemuan daripada Era Zaman Gangsa Awal ini memperlihatkan lapan keping roti hangus di sebelah ketuhar dan rak kuno, bersama sisa-sisa gandum serta lentil di sekelilingnya. Bahan sejarah yang unik ini kini menjadi daya tarik utama kepada pengunjung di muzium tempatan.

Sumber Asal: Agensi Anadolu

Related Articles

Back to top button