PendidikanSemasa

Program Iqra’ TH Plus salur RM500ribu bantu pelajar asnaf

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang sebanyak RM500,000 bagi membantu seramai 500 pelajar asnaf fakir dan miskin seluruh negara membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata berkata sumbangan itu disalurkan menerusi program Iqra’ TH plus kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), iaitu sebuah badan di bawah Kementerian Perpaduan Negara.

Program itu, katanya akan melibatkan yang melibatkan mahasiswa universiti sebagai tenaga sukarelawan bagi pelaksanaan program tuisyen intensif SPM.

Kredit foto Runiy Maldud

“Program Iqra’ TH Plus ini merupakan inisiatif baru TH yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik di samping membantu meringankan beban kewangan mereka“.

“Di harap dengan sumbangan, ia akan mendorong dan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sekali gus menjadi pemangkin perubahan ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya negara di masa hadapan“, katanya pada Selasa yang dipetik BERNAMA.

Menurut Syed Hamadah, program akan menyasarkan pelajar daripada komuniti pedalaman di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Labuan.

Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Tuisyen intensif itu, katanya akan memberi fokus kepada enam mata pelajaran teras SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH Ahmad Shahriman Johari kepada Pegawai Eksekutif YSS Wong Kin Lun pada Ahad lepas, disaksikan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

BACA JUGA
MAPIM anjur program ‘healing’ melalui Majlis Ummah Berselawat

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button