Covid19Semasa

Agong seru rakyat ambil vaksin, dos penggalak

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa rakyat untuk mendapatkan serta dos penggalak.

Seri Paduka bertitah langkah itu bagi memastikan negara dapat mengawal pandemik Covid-19.

“Negara masih lagi belum bebas daripada pandemik Covid-19, justeru marilah kita bersama-sama mematuhi panduan dan peraturan dalam usaha untuk memerangi Covid-19 yang telah digariskan oleh kerajaan beta,” titah baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah sedemikian dalam Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2022 di Istana Negara hari ini.

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah bertitah supaya rakyat Malaysia bersama-sama mengulangi iltizam untuk terus mengeratkan perpaduan dan menghindari perpecahan.

“Sesungguhnya asas kekuatan sebuah negara adalah ikatan perpaduan serta semangat seia dan sekata dalam menjunjung prinsip Rukun Negara demi memastikan kedaulatan tanah tumpahnya darah ini terus terpelihara,” titah baginda.

Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button