PalestinSemasa

Amerika mafia dunia – MAPIM

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia melalui Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan Amerika kini hendak menunjuk ciri-ciri sebuah negara mafia apabila mahu menindas sesebuah negara yang anti israel dan pro Palestin dengan mengguna mekanisme sanksi (sekatan).

Berita pegawai tertinggi Perbendaharaan Amerika akan bertemu pemimpin Malaysia mengenai isu sekatan, MAPIM ikuti dengan sangat serius.

MAPIM menegaskan kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia perlu menyatakan pendirian tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan.

Amerika sudah menjadi negara paling tidak popular di dunia sekarang akibat dasar menyokong tanpa syarat dan polisi  “ironclad” (genggaman kuat) menyokong israel terhadap jenayah genosid zionis israel di Gaza.

Amerika adalah negara paling hipokrit dalam dasar luarnya apabila menyentuh negara teroris israel.

Kini bantahan rakyat terhadap Amerika bukan sahaja merebak di seluruh dunia malah sedang bergolak dalam negara Amerika sendiri. Daripada anggota Kongres, ahli perundangan, anggota tentera, jurnalis, pengamal media, pelajar dan ahli akademik di universiti serta aktivis NGO, Amerika sedang menyaksi penentangan dari dalam negara itu sendiri.

MAPIM membantah sebarang isyarat Amerika untuk menunjuk negara itu boleh bertindak sewenang-wenangnya terhadap Malaysia, mahupun negara lain.

Difahamkan pegawai  Amerika yang berkaitan sekatan akan ke Malaysia. Dikatakan akan membincangkan pergerakan kewangan keluar dari sistem kewangan Malaysia. 

MAPIM menegaskan Amerika tidak ada hak untuk persoal urusan kewangan Malaysia. 

Apakah dunia boleh persoal bagaimana Amerika terus menyalur wang kepada israel untuk melakukan jenayah genosid?

Apa urusan Amerika untuk campur tangan dalam sistem kewangan Malaysia secara intrusif?

MAPIM berpendirian Malaysia tidak perlu gentar menghadapi Amerika yang sebenarnya sudah terperangkap dalam hegemoni israel.

Tindakan Amerika menyokong israel srpenuhnya kini telah mengakibat rakyatnya sendiri tidak lagi boleh berkompromi dengan dasar membantu israel dengan menyalur berbilion dolar wang rakyat Amerika diguna untuk membiayai israel dan Ukraine dalam peperangan.

Sudah sampai masanya Malaysia tidak lagi bergantung kepada Amerika dalam isu perdagangan.

Amerika kini ditekan oleh kebanyakan negara termasuk badan antarabangsa yang melihat Amerika menjejaskan hubungan dan keamanan dunia.

Malaysia perlu membina hubungan yang kukuh dengan negara sesama Islam sebagai alternatif. 

 

Related Articles

Back to top button