Semasa

Anuar Zain kini sertai jemaah tabligh

PETALING JAYA : Saban hari kita sering mendengar berita mengenai para selebriti kini melakukan penghijrahan ke arah kebaikan.

Ada selebriti yang mengubah cara pakaian yang lebih sopan dengan menutup aurat memakai tudung malah ada juga sesetengah artis kini menyertai jemaah tabligh.

Kini giliran penyanyi terkenal, Anuar Zain pula yang dilihat mengikuti jejak langkah selebriti yang lain dengan membuat keputusan untuk menyertai tabligh untuk mendalami ilmu agama.

Dalam satu video tiktok yang tular baru-baru ini menunjukkan Anuar kelihatan sedang menyediakan minuman kepada kumpulan jemaah tabligh yang turut diiringi bersama dengan pelawak terkenal, Nabil Ahmad.

Walau bagaimanapun, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu “Lelaki Ini” itu berkenaan penjelasan beliau membuat keputusan tersebut.

Dalam pada itu melihat ruangan komen di media sosial, rata-rata orang ramai memberikan komen yang positif terhadap tindakan penyanyi pemilik nama sebenar Shahrul Anuar Zain itu selain menyifatkan hidayah Allah milik semua tanpa mengira siapa.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button