Domestik

“Apa yang ada, itu yang kami makan.” – Luah isteri pengawal keselamatan

Sebuah kisah perjuangan hidup

Nilai : Ketika MAPIM Malaysia dan wakil SMK Taman Semarak datang ke flat kos rendah kediamannya, hanya ada Fatimah bin Saad dan tiga orang anaknya di rumah. Suaminya pula sedang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang.

Pada mulanya beliau ragu-ragu, selepas Cikgu Farah Faizura yang menjadi rakan kerjasama MAPIM Malaysia, memberitahu tujuan kedatangan pihak MAPIM Malaysia, barulah beliau yakin untuk ditemubual.

Beliau memberitahu yang beliau adalah seorang suri rumah. Dua orang anaknya masih di sekolah menengah dan seorang lulusan SPM. Suaminya pula bekerja dengan gaji minimum. Sekiranya bekerja lebih masa, pendapatan suaminya masih di bawah dua ribu ringgit.

Menurutnya kehidupan memang agak sempit, tetapi beliau bersyukur kerana keluarganya masih cukup makan minumnya walaupun ada ketika ‘tercekik’ juga.

“Apa yang ada, itu yang kami makan.” Suaranya tertahan-tahan. Ia bukanlah sesuatu yang manis untuk beliau luahkan tetapi itulah hakikat kehidupan mereka sekeluarga.

Keluarga Puan Fatimah tidak memilih dalam soal makan minum. Itu membuatkan mereka dapat hidup dalam penuh kesederhanaan dan kesyukuran. Namun tetap mereka memerlukan bantuan kerana pendapatan suaminya memang terlalu kecil. Sewa rumah perlu dibayar, bil api air perlu dibayar, dan pastinya pembelajaran dalam talian untuk dua orang anaknya juga datang bersama kosnya yang tersendiri.

MAPIM Malaysia sedar dengan PKP 3.0 yang sedang berlangsung, ramai yang sedang terkesan. Sesuatu perlu dilakukan dan sebuah kempen kilat dengan kerjasama SMK Taman Semarak telah digerakkan. SMK Taman Semarak menyiasat dan menyediakan senarai kelurga pelajar yang memerlukan bantuan.

Keluarga Puan Fatimah adalah antara yang tersenarai dalam senarai penerima bantuan. MAPIM Malaysia memberikan bantuan berupa kotak makanan asas.

Menurut Ustaz Fakhruddin, pegawai khas MAPIM Malaysia, “Alhamdulillah, sumbangan ini tidak besar, tetapi dalam waktu terdesak begini, insyaAllah ia mampu memberi sedikit kelegaan kepada keluarga yang memerlukan. Kita berharap lebih ramai yang akan dapat dibantu, dan atas kerana itu MAPIM Malaysia mengharapkan lebih ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada MAPIM untuk kami uruskan.”


MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

Sumbangan boleh dibuat melalui: www.BantuUmmah.com

ATAU menerusi Akaun Maybank

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM 562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu

1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

 

Related Articles

Back to top button