![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2020/12/hacker.jpg?fit=970%2C720&ssl=1)
KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan rangkaian data milik pasukan itu mendapat serangan siber, semalam.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menjelaskan, serangan itu hanya membabitkan segmen tertentu yang telah diletakkan di luar rangkaian sejak awal lagi, dan tidak menjejaskan operasi portal sebenar.
BSEP serta CDOC telah melaksanakan pengasingan trafik data sebaik saja serangan bermula bagi tujuan mengaburkan lokasi sebenar data berdarjah, dan seterusnya melindungi rangkaian yang menjadi sasaran penggodam.
![](http://i0.wp.com/www.ummahtoday.com.my/wp-content/uploads/2020/12/Tan-Sri-Affendi-Buang.png?resize=596%2C445&ssl=1)
Tan Sri Affendi menegaskan, pihak keselamatan siber ATM sentiasa bersiap sedia memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan, dapat dikesan awal dan ditangani sebaiknya.
“Insiden itu Berjaya dikesan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) ATM.” Kata Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
“ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa, terutama melalui peranan BSEP serta CDOC yang bukan hanya memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM, malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya.
Semalam, portal web ATM dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab dengan mempamerkan gambar tidak senonoh di portal terbabit, kira-kira jam 12 tengah hari.