Semasa

ATM sentiasa dalam siap siaga!

Walau tiada keperluan isytihar darurat

KUALA LUMPUR : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga walaupun Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan darurat diisytiharkan di negara ini.

Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata penugasan anggota ATM kekal berjalan seperti biasa.

“ATM dalam keadaan stand by (siap siaga),” katanya ringkas kepada Bernama pada Ahad (25/10)

Semalam,  Al-Sultan Abdullah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Berikutan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Al-Sultan Abdullah bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

Terdahulu, Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu berlangsung di Istana Negara, berjalan petang semalam.

Perbincangan khas berkenaan adalah bagi meneliti cadangan-cadangan yang dikemukakan Muhyiddin bersama beberapa menteri Kabinet ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang Jumaat lepas.-BERNAMA

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button