KAJANG: Sedang berlangsung ketika ini Program Ihya Ramadan; MAPIM bersama Masjid di Masjid Bandar Seri Putra Bangi, Kajang.
Lebih 100 pengunjung dijangka akan hadir bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan konsultasi secara percuma oleh dua orang doktor sukarelawan MAPIM yang berpengalaman bersama sukarelawan MAPIM yang lain.
Dr Kamaruddin Isa, 62, yang sinonim dengan program bas double decker Mobile Clinic MAPIM-MAIWP menyantuni pesakit di setiap lokasi Lembah Klang turut turun menyumbangkan bakti memberikan konsultasi kepada pesakit.
Antara pemeriksaan kesihatan yang disediakan adalah pemeriksaan paras kolesterol, tekanan darah, paras gula, konsultasi kesihatan bersama sukarelawan perubatan yang bertugas termasuk ubat-ubatan secara percuma.
Di dalam masjid, sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) turut mengagihkan kotak bantuan makanan kering serta keperluan kepada asnaf dan golongan layak mengikut senarai terpilih oleh pengurusan Masjid Bandar Seri Putra.
Manakala sebentar lagi, juadah iftar percuma akan diedarkan melalui inisiatif MAPIM Mobile Kitchen dan siaran langsung Halaqah Al-Ummah yang akan disampaikan oleh Naib Presiden MAPIM Malaysia, PPj Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol selepas solat Maghrib nanti.
Program Ihya Ramadan: MAPIM bersama Masjid HARI INI di Masjid Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Seri Putra berlansung dari jam 12 tengahari tadi sehingga 10:30 malam nanti.
Ayuh rebut pengisian Ramadan dengan aktiviti bermanfaat dan imarahkan Masjid Bandar Seri Putra Bangi bersama MAPIM hari ini.