Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
Canberra : Kerajaan Australia mengubah keputusan yang diambil oleh kerajaan bekas Perdana Menteri Scott Morrison pada 2018, dengan tidak lagi mengiktiraf Baitul Maqdis Barat sebagai ibu negara israel.
“Hari ini, kerajaan telah mengesahkan pendirian Australia sebelum ini dan sejak sekian lama bahawa Baitul Maqdis adalah isu yang harus diselesaikan sebagai sebahagian daripada sebarang rundingan damai antara israel dan rakyat Palestin,” kata Menteri Luar Penny Wong dalam satu kenyataan.
“Ini menglibatkan pengiktirafan Kerajaan Morrison terhadap Baitul Maqdis Barat sebagai ibu kota israel.”
“Canberra akan komited kepada penyelesaian dua negara di mana israel dan Palestin pada masa depan hidup dalam keamanan dan keselamatan,” menurut Wong, yang menegaskan bahawa kedutaan Australia akan tetap di Tel Aviv.
“Kami tidak akan menyokong pendekatan yang menjejaskan prospek ini.”
Status Baitul Maqdis adalah antara perkara penting dalam usaha mencapai perjanjian damai antara israel dan Palestin.
Israel menganggap seluruh bandar itu, termasuk sektor timur yang dilihatnya selepas perang Timur Tengah 1967, sebagai ibu kotanya manakala pegawai Palestin, dengan sokongan antarabangsa yang luas, mahu Baitul Maqdis Timur yang diduduki sebagai ibu negara masa depan.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini