DomestikSemasa

Awas scam e-mel palsu menggunakan identiti pemimpin negara

Oleh Azrina Amri, wartawan pelatih

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan e-mel yang menggunakan profil sama ada dalam bentuk nama dan gambar pemimpin negara, ketua organisasi atau syarikat yang memberikan arahan di luar daripada kebiasaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, SKMM memberi peringatan kepada masyarakat mengenai sebarang komunikasi yang diterima luar daripada kebiasaan perlulah disemak dan ditentukan kesahihannya dan tidak dikongsikan dengan mana-mana pihak.

“Peringatan ini bertujuan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa kepada aktiviti yang berniat jahat dan berunsur penipuan,” katanya.

Tambahnya lagi, laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya kandungan e-mel tersebut telah dipastikan tidak benar atau palsu, bagi memudahkan tindakan sewajarnya diambil.

“Sekiranya ada menerima e-mel yang mencurigakan, sertakan email header bagi e-mel tersebut semasa mengemukakan laporan kepada pihak polis,” katanya lagi

SKMM turut memaklumkan, penyebaran kandungan palsu boleh dikenakan tindakan perundangan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menurutnya lagi, orang ramai boleh membantu memberhentikan penyebaran e-mel tersebut dengan melaporkan penyalahgunaan e-mel kepada penyedia perkhidmatan e-mel seperti Gmail atau Yahoo! Mail di pautan https://support.google.com/mail/answer/8253  bagi Gmail dan https://my.help.yahoo.com/kb/SLN26401.html bagi Yahoo! Mail.

 

Related Articles

Back to top button