
Segamat : MAPIM Malaysia bersama kekuatan MAPIM Rangers serta aset termasuk ambulans dan empat bot telah Johor bagi misi bantuan banjir.
Destinasi pertama MAPIM adalah Balai Raya Kampung Tandong, Buloh Kasap, Segamat yang dijadikan Pusat Perpindahan Sementara (PPS) bagi penduduk terjejas akibat banjir.
PPS berkenaan turut menerima kunjungan Perdana Menteri, DS Ismail Sabri yang telah meluangkan masa menyantuni 73 mangsa dan menghulurkan sumbangan ehsan berupa wang tunai sebanyak rm1000 serta RM500 ehsan daripada kerajaan negeri Johor.
Setakat pagi tadi banjir di Johor telah melibatkan 4016 mangsa dengan 52 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diwujudkan di seluruh negeri. Antara kawasan yang tergegas teruk adalah di Segamat.
Dalam pada masa yang sama, Perdana Menteri turut memaklumkan insentif bagi meringankan beban mangsa banjir seperti voucher pembelian penggantian barangan elektrik sebanyak RM500, barangan keperluan rumah bernilai RM2500 dan kos pembaikan rumah sebanyak RM5000 tunai.
Untuk rumah mangsa yang rosak teruk akibat banjir, rumah baharu yang wajar akan dibina untuk mereka.
Mangsa banjir hanya perlu melaporkan kepada ketua kampung atau pejabat daerah untuk tujuan pengesahan dan pemberian bantuan terutamanya yang berkaitan rumah.
Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), dan wakil daripada NADMA turut hadir bersama dalam kunjugan Dato’ Ismail Sabri tersebut.
Dalam pada yang sama, wakil MAPIM Malaysia yang ditemui oleh UmmahToday memaklumkan mereka bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan seperti APM dan turut membawa empat buah bot penyelamat selain bantuan keperluan asas yang lain untuk misi bantuan banjir di Johor dan sekitarnya.
MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.
Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.
Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.
Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.
#misiummahbantuummah #365hariuntukummah
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM
Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038