MEKAH: Seorang lelaki dilaporkan mati lemas ketika hujan serta kilat sabung-menyabung di Kota Mekah pada Rabu, menurut Arabnews.
Mohammed Al-Twaim, seorang guru di Sekolah Rendah Mina, kehilangan nyawanya ketika cuba menyelamatkan diri keluar dari kereta yang ditenggelami banjir.
Ketika jemaah umrah cuba mengelilingi Kaabah di Masjidil Haram, kilat menyambar mercu tanda hotel Makkah Clock Royal Tower, menerangi langit malam.
“Ribut itu membawa angin kencang melebihi 128.75 km/j dan 45 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam“, kata jurucakap Pusat Meteorologi Kebangsaan Hussein Al-Qahtani.
Fury upon the Kaaba! Severe thunderstorm rages in Mecca, Saudi Arabia
📅 August 22-23
غضب على الكعبة! عاصفة رعدية شديدة تضرب مكة#mecca #kaaba #Makkah #flood #storm #thunderstorm #saudi #مكة #الكعبة #فيضان #عاصفة #عاصفةرعديةVIDEO> https://t.co/XhwjZmam7D pic.twitter.com/QIg6N0BB2Z
— NDNews Weather (@NDNews_Weather) August 23, 2023
“Semuanya berlaku dalam masa beberapa minit, apabila hujan mula turun dengan cara yang gila.”
“Jemaah di luar masjid dibawa angin kencing, sekatan penghadang meluncur dan merempuh orang ramai. Suasana itu sangat menakutkan,” kata Mohammed salah seorang penduduk Mekah yang kebetulan sedang membeli barangan runcit pada kemuncak ribut.
Seorang lagi penduduk, Abu Mayyada, sedang keluar membeli kudapan dan petrol berkata “semuanya menjadi hitam di hadapan saya ketika ribut yang paling teruk melanda”.
“Tiba-tiba saya hilang kawalan kenderaan. Saya tidak dapat melihat apa-apa jadi saya mula mendengar Al-Quran di radio. Ternyata saya tidak faham suasana cuaca yang berlaku”.
Pengurusan Gabenor Mekah berkata sekolah akan terus ditutup, dengan kelas dijalankan pada platform e-pembelajaran demi kepentingan serta keselamatan semua orang.
Pusat Meteorologi telah mengeluarkan amaran tentang ribut berterusan di wilayah Mekah dan beberapa lokasi lain di barat Arab Saudi.