
HATAY : Seorang bayi yang baru lahir dan ibunya telah diselamatkan dari runtuhan di Turkiye, kira-kira 90 jam selepas gempa bumi pertama pada Isnin.
Kanak-kanak lelaki berusia 10 hari itu, bernama Yagiz, telah dikeluarkan dari runtuhan di wilayah selatan Hatay.
Harapan untuk mencari lebih ramai mangsa yang terselamat semakin pudar, di tengah-tengah cuaca sejuk beku empat hari selepas bencana itu.
Baby Yagiz Ulas rescued after 90 hours under rubble. Source: Istanbul municipality fire department #TurkeyQuake pic.twitter.com/zvN0GT6nkp
— Emily Wither (@ewither) February 10, 2023
Bagaimanapun, usaha mencari dan menyelamat diteruskan di Turkiye dan negara jiran Syria yang turut dilanda gempa bumi.
Yagiz yang baru lahir dibalut dengan selimut terma dan dibawa ke ambulan untuk menerima rawatan.
Ibunya diselamatkan dan dibawa menggunakan pengusung. Tiada laporan terkini mengenai keadaan mereka.
Lebih 21,000 orang maut selepas gegaran 7.8 magnitud awal pagi Isnin dan beratus-ratus gegaran susulan yang menyusuli.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia