SemasaSyria

Bayi baru lahir diselamatkan dari runtuhan gempa di Turkiye-Syria

JINDAYRIS : Seorang bayi yang baru lahir ditarik keluar hidup-hidup oleh ahli keluarganya dari runtuhan rumah di utara Syria, selepas mendapati dia masih terikat dengan tali pusat ibunya, yang meninggal dunia dalam gempa bumi besar pada Isnin.

Bayi itu adalah satu-satunya keluarga terdekat yang terselamat, apabila gempa bumi kuat yang melanda Türkiye dan Syria merobohkan rumah di bandar Jindayris yang dikuasai pihak pejuang, kata Khalil al Suwadi.

“Kami mendengar suara semasa kami menggali,” kata Suwadi kepada agensi berita AFP pada hari Selasa.

“Kami membersihkan habuk dan mendapati bayi dalam keadaan bertali pusat (utuh) jadi kami memotongnya dan sepupu saya membawanya ke hospital.”

Bayi itu diberi rawatan di bandar Afrin berhampiran, manakala ahli keluarga menghabiskan masa beberapa jam berikutnya untuk mencari mayat bapa bayi itu, Abdullah, ibu Afraa, empat adik-beradik dan seorang ibu saudaranya.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button