PendidikanSemasa

MAIWP lancar transformasi imej baharu PERMATA

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terus memperkasa agenda pembangunan ummah dengan inisiatif terbaharunya melalui Transformasi Tadika MAIWP pada tahun ini.

MAIWP berperanan besar membantu anak-anak asnaf mencapai akses pendidikan yang sempurna bagi menghasilkan kualiti pendidikan yang efektif.

Oleh itu, MAIWP telah menyusun gerak kerja dan program pendidikan di MAIWP dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pendidikan warga emas.

Terbaharu, MAIWP telah menubuhkan MAIWP Kids berkonsepkan pendidikan digital prasekolah dengan dilengkapi pelbagai peralatan digital seperti Smart TV, Smart Board dan Future Classroom.

Pada Rabu, MAIWP telah melancarkan Transformasi Imej Baharu, Tadika Permata MAIWP merangkumi imej yang baru iaitu logo, lagu rasmi Permata MAIWP dan ikon yang baru selain penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa Tadika (KSIB).

Pelancaran Transformasi Tadika MAIWP 2022 telah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, yang juga merupakan ahli MAIWP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP.

Hadir sama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP, Mohd Fauzi Abidin serta Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sharifah Fathiah Syed Abdullah.

Permata MAIWP telah dilancarkan pada Mac lalu dan mempunyai 78 cawangan di seluruh Wilayah Persekutuan manakala MAIWP Kids TTDI merupakan yang pertama ditubuhkan.

MAIWP merangka sebanyak 3 buah lagi MAIWP Kids akan ditubuhkan bagi tahun 2023.


BACA JUGA
Program bas double decker Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) beri pemeriksaan secara percuma malah pesakit juga dibekalkan dengan ubat-ubatan yang diberi secara percuma oleh doktor dan pegawai perubatan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button