Semasa

Bukit Harimau Menangis terbakar

Berhati-hati

CHUKAI : Perubahan angin monsun menyebabkan cuaca panas melanda Malaysia. Cuaca panas disyaki antara punca kebakaran di Bukit Harimau Menangis.

Pasukan bomba mengambil masa selama 30 minit bagi memadam kebakaran seluas 0.8 hektar selepas terpaksa mendaki Bukit Hariman Menangis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh, Khairulhasni Mohktar  pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3 petang dan sepasukan anggota bersama satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran dikatakan bermula dari puncak Bukit Harimau Menangis sebelum merebak turun ke kaki bukit dan telah melibatkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar. Anggota kita terpaksa mendaki bukit setinggi kira-kira 200 meter dengan membawa peralatan yang berat untuk naik ke puncak.

“Selain itu, kita juga mempunyai kesukaran mendapatkan sumber air di puncak bukit dan terpaksa mengambil air dari tasik yang berdekatan kaki bukit tersebut untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Khairulhasni menambah, sehingga kini, pihaknya telah berjaya mengawal kebakaran tersebut dan api dijangka berjaya dipadam sepenuhnya lewat malam tadi.

“Punca sebenar kebakaran masih disiasat namun saya nasihatkan orang ramai yang melakukan aktiviti mendaki di kawasan bukit dan hutan ini supaya tidak sewenang-wenangnya membuang puntung rokok kerana ia boleh menjadi satu daripada punca kebakaran hutan,” katanya. – Bernama

Related Articles

Back to top button