DuniaSemasa

Pasukan SMART tiba di Turkiye dalam misi SAR

ISTANBUL:  Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia NADMA telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 5:50 pagi waktu tempatan. Team seterusnya diberikan taklimat sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Adana bagi meneruskan perjalanan ke Gaziantep.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak & Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Ali, penghantaran pasukan SMART ke Turkiye adalah atas pemintaan daripada kerajaan Turkiye untuk mereka mendapatkan bantuan daripada negara-negara yang memiliki kepakaran mencari dan menyelamat.

Pasukan elit SMART membabitkan seramai 70 anggota terdiri daripada pasukan perubatan dari Kor Kesihatan Diraja (KKD), Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat).

“Pasukan daripada Malaysia antara beberapa negara yang terawal menghantar bantuan bagi membantu misi di Turkiye,” tegas Datuk Armizan Ali.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas dalam bencana itu. Kesemua 13 rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas selamat, menurut kementerian berkenaan.

Sekurang-kurangnya 3,419 telah meninggal dunia di Turkiye, manakala jumlah kematian Syria mencecah 1,600 dengan lebih 24,000 orang terlibat dalam misi mencari serta menyelamat.

Related Articles

Back to top button