DomestikKesihatanSemasa

Bunuh diri mungkin bukan jenayah

KUALA LUMPUR : Cadangan berkenaan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kesalahan cubaan bunuh diri masih belum mendapat maklum balas Pejabat Peguam Negara (AGC).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan sama ada akan ‘decriminalixation’ Seksyen 309 Kanun Keseksaan atau sebaliknya, Jemaah Menteri juga bersetuju selepas menerima pandangan AGC.

“Kita masih menunggu makluman AGC. Saya telah bangkitkan kepada Jemaah Menteri untuk kita adakan moratorium (bagi pendakwaan dan sabitan bagi kes di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan).

“Namun, pandangan Jemaah Menteri mahu biar ia dimuktamadkan di peringkat AGC. Kita perlu dapatkan pandangan terlebih dahulu sama ada bunuh diri akan ‘decriminalized’ atau sebaliknya.

“Selepas (menerima padangan AGC) Jemaah Menteri akan buat keputusan (mengenai cadangan pindaan Seksyen 309 Kanun Keseksaan),” katanya pada sidang media, hari ini.

Individu yang disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri boleh dikenakan hukuman denda, penjara maksimum setahun atau kedua-duannya.

Khairy melaporkan pada November lalu, KKM akan menghantar memorandum berkenaan moratorium (penangguhan) terhadap dakwaan dan sabit kesalahan cubaan membunuh diri.

Memorandum itu bertujuan agar tiada sebarang dakwaan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi kes cubaan bunuh diri sehingga Kabinet meluluskan moratorium atau pemansuhan seksyen berkenaan dilaksanakan di Parlimen.

Related Articles

Back to top button