PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baharu Covid-19 merekodkan peningkatan iaitu 3,140 kes berbanding semalam 2,589 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam negara kini adalah sebanyak 2,724,684 kes.
Pada 21 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,140 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,724,684 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 21, 2021