PUTRAJAYA: Kes Covid-19 hari ini mencatatkan sedikit peningkatan berbanding semalam iaitu sebanyak 4,965 kes baharu berdasarkan perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes baharu itu menjadikan jumlah individu positif di Malaysia meningkat sehingga 2,667,999 kes.
Pada 7 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,965 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,667,999 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/IWyR3xGpJQ
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 7, 2021