Covid19Semasa

COVID-19 : ‘Antivaxxer’ dominasi katil di hospital

KUALA LUMPUR: Orang muda tiba di hospital dengan jangkitan COVID-19 yang teruk, berstatus komorbid serta tidak divaksinasi.

Keadaan itu yang menjadi kelaziman di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dengan angka mereka mengatasi jumlah pesakit warga emas komorbid, tetapi lengkap vaksinasi COVID-19.

Menyifatkan situasi itu ada kaitan dengan isu “keberatan menerima vaksin COVID-19”, doktor yang bertugas akan meningkatkan kewaspadaan terhadap pesakit muda terbabit kerana mereka dikategorikan sebagai amat berisiko.

Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HTAR, Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor, memberitahu bahawa kira-kira dua pertiga daripada pesakit yang diterima hospital itu adalah berusia bawah 60 tahun dan hampir semua tidak divaksinasi.

Related Articles

Back to top button