Covid19Semasa

COVID-19 : Kes sembuh tertinggi hari ini, 4,427

Angka kes positif tetap empat digit

KUALA LUMPUR : Sebanyak 4,427 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan jumlah sembuh harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 141,446 kes.

Bagaimanapun, katanya, kes baharu jangkitan Covid-19 terus mencatat empat digit dengan 3,346 kes, menjadikan jumlah kumulatif mencecah 183,801 kes dengan 41,677 kes aktif.

“Daripada jumlah itu, tujuh kes import dan 3,339 kes membabitkan penularan tempatan.

“Seramai 265 pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 102 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, daripada maklumat terkini dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), terdapat 11 kes kematian berkaitan Covid-19 hari ini.

Katanya, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian meningkat kepada 678 kes iaitu 0.37 peratus.- FB KKM

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button