GEORGE TOWN : Kerajaan Pulau Pinang akan mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara, MKN, untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPD ke atas penjara Seberang Perai dan juga kuaerters kakitangannya.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata permohonan itu dibuat berikutan tiga kes aktif Covid-19 membabitkan kakitangan penjara.
Katanya cadangan itu disuarakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Asmayani Khalib pada mesyuarat tergempar hari ini.
Turut hadir dalam mesyuarat itu katanya ialah Setiausaha Negeri, Datuk Abdul Razak Jaafar, dan Pengarah MKN Negeri, Nazrul Fazami Mohamad.
Chow berkata demikian pada laman rasmi Facebook beliau petang tadi.
Setakat ini PKPD, dilaksanakan di penjara rNIPKPd dilaksanakankan di penjara reman Pulau Pinang dan kuarters kakitangannya bermula 15 – 27 Oktober depan.
-FB KM PP