InspirasiSemasa

Ditinggalkan di Mekah ketika berusia 5 tahun

ALOR SETAR: Pengalaman ditinggalkan datuk di Makkah untuk mendalami ilmu agama sejak kali pertama menunaikan Haji ketika berusia lima tahun, masih segar dalam ingatan Ahmad Mustafa, 78, walaupun peristiwa itu sudah berlaku 74 tahun lalu.

Menurut anak kelahiran Kampung Teluk Jawa, Padang Hang, Alor Setar itu, peristiwa tersebut banyak mencorakkan hidupnya hingga berjaya menjadi seorang pensyarah dalam bidang Geografi di Universiti Umm Al-Qura di Mekah selama 21 tahun sebelum kembali ke tanah air pada 1997.

Menceritakan pengalamannya sempena ketibaan musim haji ketika ini, Ahmad berkata, dia dibawa datuk sebelah ibunya, Mustafa Taha ke Mekah bersama ibu, abang, bapa saudara serta ibu saudara pada tahun 1949.

Mereka sekeluarga berangkat ke Tanah Suci setelah neneknya maut ditikam perompak yang masuk ke rumah mereka beberapa bulan sebelum tibanya musim Haji.

“Sebab musabab ialah penyamun masuk rumah dan sebab penyamun masuk rumah, nawaitu nak pergi haji”.

“Keputusan dibuat keluarga saya dengan abang saya ditinggalkan di Mekah untuk belajar di situ… dan kami pun belajar masuk sekolah, sampai habis pergi universiti sampai Mesir,” cerita Ahmad kepada AWANI.

Tambahnya, perjalanannya ke Mekah pada masa itu bermula dari Pulau Pinang dengan menaiki kapal, sebelum transit di beberapa negara termasuk India sebelum tiba ke Jeddah.

Keseluruhah perjalanan ke Tanah Suci ketika itu mengambil masa selama 15 hari.

“Saya pergi Madinah kali yang pertama naik lori dua dua tingkat… di tingkat pertama (penumpang) perempuan… banyak orang mungkin 20 orang“.

“Di (tingkat) atas untuk (penumpang) lelaki. Pergi Madinah ambil masa dua hari. Jarak macam Alor Setar ke Kuala Lumpur dalam 450 kilometer… tanah pasir, adang-kadang hujan, tengah perjalanan (lori) terbalik sebab kena bawa perlahan, (lori) terbalik ada orang Badwi pakat tarik lori itu,” kata Ahmad berkongsi kenangan silam.

Ketika itu, umat Islam akan menghabiskan masa hampir empat bulan di Arab Saudi untuk menyempurkan urusan ibadah haji berbanding tempoh yang singkat pada waktu ini.

Selain memberi fokus pada urusan menunaikan Rukun Islam ke-5 itu, Ahmad berkata, jemaah juga akan mengambil kesempatan berguru dengan guru-guru agama yang ada di Makkah termasuk di Masjidilharam.

Katanya, terdapat ramai ulama dari India, Malaysia, Patani, negara-negara Arab yang sedia berkongsi ilmu dengan jemaah.

“Selama empat hingga lima bulan rajin pergi Masjidilharam boleh dapat ilmu. Itu sebab orang kita yang pergi ke sana dapat ilmu… zaman dulu orang yang balik dari sana dia boleh buka sekolah pondok, jadi ustaz,” ujar beliau lagi.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button