ICRC desak Israel pastikan keselamatan petani Palestin ketika musim menuai buah zaitun

RAMALLAH : Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menggesa Israel untuk memastikan keselamatan serta akses untuk rakyat Palestin ke kebun zaitun mereka di Tebing Barat yang diceroboh sepanjang musim menuai zaitun setiap tahun.
“ICRC telah menyaksikan puncak keganasan bermusim oleh zionis Israel yang tinggal di penempatan dan pos tertentu di Tebing Barat terhadap petani Palestin dan harta benda mereka dalam ketika musim zaitun, dan juga pada Oktober dan November, ”kata Els Debuf, ketua misi ICRC di Baitulmaqdis.
Buah zaitun adalah salah satu sumber penghidupan utama bagi lebih 100,000 keluarga Palestin. Namun, menurut ICRC, lebih dari sembilan ribu pokok zaitun telah musnah di Tebing Barat sejak Ogos 2020.
Lebih dari seribu pokok tersebut telah dibakar dan dirosakkan oleh rejim Israel pada tiga minggu pertama musim penuaian
Selain itu, 19 laporan gangguan yang berpunca dari Israel sehingga menyebabkan 23 petani tercedera.
Walaupun petani Palestin melaporkan serangan tersebut setiap tahun, para penceroboh Israel cenderung untuk mempertikaikan tuntutan mereka.
Tebing Barat, daerah yang terkurung di bawah jajahan Israel sejak 1967, kini menjadi rumah bagi sekitar 2.5 juta penduduk Palestin, beberapa di antaranya hidup di bawah pemerintahan sendiri yang disekat, sementara beberapa wilayah berada di bawah kawalan ketenteraan Israel yang ketat.
_____________________________________
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia