Semasa
Dua individu ditemui mati dibunuh gajah

MAPUTO : Dua ekor gajah di daerah Metuchira di wilayah Sofala tengah Mozambique, disyaki membunuh dua orang manusia.
Mangsa dikatakan telah dibunuh oleh dua ekor gajah di rumah mereka.
Pentadbir Kawasan Pemuliharaan Negara (Anac) menyatakan siasatan sedang dijalankan sehingga dua haiwan yang berkemungkinan besar telah membunuh manusia ditemui.
“Hasil penyiasatan dan analisis ini dan memandangkan bahaya yang akan berlaku bagi penduduk di kawasan yang sama, kami telah memutuskan untuk membunuh dua gajah tersebut,” kata kenyataan dari Anac.
Gajah-gajah itu adalah dipercayai sebahagian daripada kumpulan yang telah meninggalkan Taman Negara Gorongosa dan berada di kawasan itu sejak Taufan Idai, hampir tiga tahun lalu.
-AGENSI