PalestinSemasa

Gaza : 30 serangan udara dalam satu jam

Penduduk Gaza mengalami satu lagi malam penuh ketakutan dan kemusnahan akibat kekerapan serangan udara Israel yang meningkat di bahagian utara Semenanjung Gaza di mana 30 serangan udara dilakukan dalam masa satu jam sahaja.

Terdahulu, Israel menumpukan pengeboman di bahagian selatan jalur itu di mana Rafah menjadi sasaran utama tentera udara Israel.

Pasukan pertahanan awam beroperasi di setiap sudut Gaza mencari mangsa pengeboman dan bekerja keras untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dan membawa mereka ke hospital.

Pekerja penyelamat Gaza merayu masyarakat antarabangsa membekalkan peralatan yang diperlukan untuk mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan bangunan yang musnah.

Ia menjadi sangat jelas bahawa majoriti pengeboman disasarkan ke kawasan kediaman yang dipenuhi orang awam dan hospital Gaza berada di bawah tekanan yang besar untuk merawat beribu-ribu mangsa.

Sekatan total Israel terhadap Gaza juga bermakna bekalan perubatan penting tidak sampai ke hospital dan mereka yang cedera.

SUMBER : Al Jazeera / Tareq Abu Azzoum di Gaza

Related Articles

Back to top button