KABUL: Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) sedang berkoordinasi dengan kerajaan Taliban dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi yang berlaku pada Rabu.
sumber foto twitter UNICEF Afghanistan
Usaha kini difokuskan di kawasan pergunungan & terpencil yang paling teruk terjejas. Keadaan menjadi lebih sukar dan mencabar bagi kerja-kerja bantuan kemanusiaan dilakukan kerana berlaku tanah runtuh yang menghalang akses utama ke kawasan gempa.
“Kebanyakan rumah di sini runtuh kerana struktur binaanya diperbuat daripada batu tanah liat. Dengan hujan lebat ketika ini, ia memberi impak runtuhan kepada rumah-rumah di sini.
Kredit foto unmultimedia.org
Hujan lebat menjejaskan keupayaan pasukan kami untuk sampai ke beberapa kampung yang terkesan akibat berlaku tanah runtuh selepas kejadian gempa bumi itu.” jelas Sam Mort, Ketua Jurucakap UNICEF di Kabul.
sumber foto twitter UNICEF Afghanistan
Menurut Sam Mort lagi, setakat ini jumlah mangsa kanak-kanak serta wanita belum dapat disahkan dan UNICEF sedang cuba mendapatkan angka sebenar jumlah korban gempa bumi itu.
Pada Rabu, gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richter melanda di empat daerah wilayah Paktika, Afghanistan. Gempa berkenaan melanda kira-kira 47 kilometer dari tenggara bandar Khost dan gegaran dilaporkan dapat dirasai sejauh 500 kilometer di Afghanistan, Pakistan & India.
Sehingga kini, angka kematian mencecah 1000 orang dan lebih 600 cedera, malah angka korban dijangka akan terus meningkat.
Peningkatan konflik memaksa 147,000 rakyat Yaman berpindah, seruan agar bantuan segera disalurkan
12 hours ago
Aichi-Nagoya 2026: Skuad Badminton Lelaki Singkir Mongolia, Indonesia Menanti Pada Suku Akhir
12 hours ago
Pengampunan Najib: Anwar Nafi Buka Jalan, Tentukan Hak Setiap Banduan Memohon
12 hours ago
Anwar Imbau Perjalanan Perjuangan, Hargai Pengorbanan Perintis Reformasi
12 hours ago
Turath Perlu Diperkasakan Depani Perubahan Zaman, AI — PM Anwar
12 hours ago
Perdana Menteri Salur Bantuan Awal RM5,000 Kepada Mangsa Kebakaran Di Tambun
12 hours ago
Laporan Awal Pengurusan dan Kerugian FELDA Didedah Minggu Depan — PM Anwar
12 hours ago
Sistem Beraja Akan Gagal Jika Boleh “Ditukar Ikut Bulan” — PM Anwar
12 hours ago
Ratusan peneroka Israel menyerbu masuk ke Masjid Al-Aqsa, manakala Netanyahu bermegah di bawah Tembok Al-Buraq dengan berkata: “Kami Akan Tetap di Sini.”
12 hours ago
Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Sembilan Serta-Merta