Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
SEREMBAN : Dalam suasana pandemik covid-19, ramai usahawan mikro yang terkesan. Ada yang menanggung hutang dan kerugian dan ada yang terpaksa menutup terus perniagaan.
Menyedari hakikat itu kerajaan Negeri Sembilan membuat Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), dan Usahawan mikro di Negeri Sembilan boleh membuat permohonan mulai 1 Ogos hingga 30 Ogos ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata TUNS adalah inisiatif bagi membantu usahawan mikro anak Negeri Sembilan menerusi geran bantuan hingga maksimum RM3,000.
“Pembukaan permohonan TUNS pada Ogos ini bakal memberi peluang kepada 600 usahawan mikro yang membabitkan peruntukan sekitar RM1.8 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah sebanyak RM6 juta dana geran diperuntukkan sebagai bantuan kepada usahawan mikro dengan RM3 juta diperuntukkan kepada TUNS yang memberi faedah kepada 1,000 usahawan mikro manakala tambahan 200 usahawan mikro lagi dibantu di bawah skim yang baharu diperkenalkan iaitu TUNS Plus dengan peruntukan dana sebanyak RM3 juta.
— BERNAMA