DuniaPalestinSemasa

UNRWA gesa bebas pelarian Palestin tenat daripada tahanan

JERUSALEM: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menggesa agar seorang budak lelaki pelarian Palestin, Amal Nakhleh yang sakit kritikal dibebaskan segera daripada tahanan pentadbiran Israel atas alasan tindakan kemanusiaan yang mendesak.

Amal Muamar Nakhleh ialah seorang pelarian Palestin berusia 17 tahun dari kem Jalazone yang diletakkan dalam tahanan pentadbiran oleh tentera Israel selama enam bulan pada 21 Januari 2021.

Kemudian, Pentadbiran penahanan melanjutkan selama empat bulan pada Mei 2021 dan sekali lagi pada September 2021.

Menurut kenyataan akhbar daripada UNRWA, sehabis tempoh lanjutan penahanan tamat pada 18 Januari 2022, Amal akan berada di penjara selama setahun dan akan berusia 18 tahun, bukan lagi di bawah umur.

Pihak berkuasa Israel memaklumkan kepada keluarga Amal yang tidak mengetahui pertuduhan terhadapnya bahawa ia adalah “kes pentadbiran sulit.”

Amal dilahirkan tiga bulan lebih awal dan didiagnosis dengan penyakit autoimun yang teruk iaitu myasthenia gravis.

Hanya beberapa bulan sebelum penahanannya, Amal menjalani pembedahan untuk membuang jisim kanser dan keadaan ini memerlukan rawatan dan pemantauan perubatan yang berterusan.

UNRWA Tebing Barat menggesa Pihak penahanan Israel supaya segera bebaskan Amal Nakhleh daripada tahanan pentadbiran atas dasar kemanusiaan yang mendesak dan amat prihatin terhadap penahanan sewenang-wenangnya yang berterusan ke atas kanak-kanak bawah umur.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button