RamadanSemasa

Hadiyah agih 1.2 juta pek makanan di Mekah, Madinah

RIYADH: Hadiyah, ‘the Hajji and Mu’tamer’s Gift Charitable Association‘ di Mekah telah mula melaksanakan pengagihan tahunan juadah iftar dan sahur kepada jemaah umrah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut portal berita Arabnews, pada tahun ini persatuan berkenaan menyasarkan untuk mengedarkan sekurang-kurangnya 1.2 juta pek makanan.

Kredit foto Arab News
Agensi Akhbar Saudi (SPA) turut melaporkan agihan makanan secara besar-besaran itu akan diberikan kepada jemaah di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah.

Persatuan Hadiyah optimis seramai 750 sukarelawan akan bersama mereka membantu gerak kerja menyantuni para jemaah sepanjang Ramadan 1444H.

Seperti tahun lalu, sebanyak 800,000 hidangan telah diedarkan sepanjang Ramadan termasuk 4.8 juta barangan yang disediakan di beberapa pusat pengumpulan milik mereka.

Mereka turut mengedarkan 2 juta botol air Zamzam dan air minuman beserta dengan 200,000 produk Hadiyah.

Lembaga Pengarah Hadiyah juga berusaha melatih para sukarelawan untuk berkhidmat di bawah jenama mereka sesuai dengan matlamat Kingdom’s Vision 2030 iaitu menghimpunkan sejuta sukarelawan.

BACA JUGA
20 jemaah umrah terkorban kemalangan di Aqaba Shaar

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button