Semasa

Hampir 30 rumah rosak dilanda ribut di Gemas

GEMAS : Hujan lebat dan ribut yang melanda Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 di Gemas telah mengakibatkan kira-kira 30 buah rumah melibatkan lebih 130 penduduk di situ mengalami kerosakan petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata kejadian yang berlaku pada 5.30 petang itu telah menyebabkan beberapa kenderaan dihempap pokok dan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin yang terlalu kuat.

“Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan hanya empat orang daripada satu keluarga ditempatkan di Kuarters Felda Jelai 1 selepas rumah mereka rosak teruk.

“Ada mangsa yang menumpang di rumah saudara mara untuk sementara waktu dan ada yang tidak berpindah kerana kerosakan dialami tidak teruk selain bimbang penularan Covid-19 sekiranya dipindahkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Farid memberitahu tragedi itu merupakan kali pertama terjadi setakat tahun ini dan mereka masih menilai jumlah kerugian.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hantaran di Facebook mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka berlaku melibatkan beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan sehingga malam tadi.

-Diolah dan disunting dari artikel BERNAMA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button