DomestikEkonomiSemasa

Harga siling ayam ditetapkan RM9.40 bermula 1 Julai ini

PUTRAJAYA: Bermula 1 Julai ini, harga siling runcit ayam ditetapkan pada harga RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia. Keputusan ini telah diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Kerajaan bersetuju untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling.

Dalam pada itu, harga siling runcit telur ayam pada kadar 0.45 sen/biji bagi telur gred A, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, keputusan ini mengambil kira dan diselaraskan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini, melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40.

Pelaksanaan subsidi ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi adalah sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

“Isu kenaikan harga barang tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya ia merupakan fenomena global ekoran gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

“Namun, kerajaan sedaya upaya berusaha menetapkan mekanisme pengawalan harga bagi memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban dengan cabaran kos sara hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

 

Related Articles

Back to top button