DuniaSemasa

Negara Islam kecam tindakan Israel serbu Masjid Al Aqsa

Pakistan, Qatar, Jordan, Kuwait, Turkiye & Arab Saudi mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas orang awam

ISLAMABAD: Pakistan dan 5 negara Islam lain mengecam tindakan Israel menyerbu kompleks Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis Timur.

Foto sumber telegram Hamza Deirawi

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan yang dilakukan pendatang Israel di halaman Masjid Al Aqsa dan mendapat perlindungan tentera Israel,” menurut Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Asim Iftikhar dalam satu kenyataan pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Luar Pakistan, Asim Iftikhar Foto sumber tribune dot com dot pk

“Tindakan provokatif ini secara terang-terangan telah melanggar kesucian Kiblat-e-Awal (kiblat pertama) dan menjejaskan sentimen umat Islam di seluruh dunia.”

“Insiden sebegini melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan, menjejaskan norma dan amalan antarabangsa.”

“Sebarang percubaan untuk mengubah sejarah & undang-undang Masjid Al Aqsa mesti dihentikan,” menurut kenyataan itu.

Sekumpulan pendatang haram Yahudi menceroboh masuk ke kompleks masjid pada Ahad ketika Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza.

Foto sumber telegram Hamza Deirawi

Israel telah membunuh 44 warga Palestin termasuk 15 kanak-kanak serta 4 wanita terbunuh manakala 360 cedera di Gaza dalam serangan pencerobohannya.

Qatar, Jordan, Kuwait, Turkiye dan Arab Saudi antara negara yang mengecam serangan Israel ke atas tapak suci Islam itu.

Kementerian Luar Qatar memberitahu bahawa amalan provokatif Israel adalah sebahagian daripada percubaan berterusan untuk mengubah status sejarah dan undang-undang Masjid Al Aqsa dan untuk memajukan pembahagian sementara masjid.

Sambil menyeru tindakan antarabangsa, Qatar memberi amaran bahawa provokasi yang berterusan termasuk pencerobohan baharu Israel di Semenanjung Gaza akan meningkatkan ketegangan dan gelombang keganasan.

Foto sumber telegram Hamza Deirawi

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan Israel ke atas orang awam dan percubaan untuk melaksanakan ibadat di Masjid Al Aqsa.”

“Kami mengulangi gesaan kepada kerajaan Israel untuk tidak membenarkan tindakan sedemikian yang menyasarkan status dan kesucian Al Haram Al Sharif,” menurut Kementerian Luar Turkiye dalam satu kenyataan.

Menteri Luar Jordan Ayman Safadi berkata beliau telah mengadakan perbincangan dengan Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland, mengenai usaha menghentikan pencerobohan Israel di Gaza.

Menghentikan ketegangan dan memulihkan keamanan mesti menjadi keutamaan global,” katanya.

Safadi berkata ‘sejarah dan status quo yang sah’ mesti dihormati di Baitulmaqdis.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button