Covid19Semasa

Hishammuddin disahkan positif Covid-19

KUALA LUMPUR : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein disahkan dijangkiti virus Covid-19.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh pejabat kementerian tersebut hari ini.

“Hishammuddin yang sudah menerima dos penggalak akan menjalani tempoh isolasi mengikut ketetapan semasa yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Beliau sememangnya menjalani ujian pengesanan Covid-19 jenis RT-PCR secara berkala selain turut kerap melakukan ujian pengesanan secara kendiri (self-test) melalui kaedah RTK Antigen.

“Kali terakhir beliau menjalani ujian pengesanan jenis RT-PCR dan mendapat keputusan negatif COVID-19 ialah pada Jumaat, 18 Februari 2022.

“Beliau akan terus memantau dan menjalankan tugas-tugasnya yang sesuai dilaksanakan sepanjang tempoh isolasi,” ujar kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan keadaannya terkini beliau menerusi laman Twitter rasminya.

 

Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan baik buat masa ini. Semoga setiap individu yang dijangkiti wabak ini segera diberikan kesembuhan Allah SWT. Stay safe everyone,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button