Semasa
Hujan lebat dan ribut petir sehingga lima petang
BANGI : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada 11.30 pagi memaklumkan amaran cuaca waspada, dengan hujan lebat pula diramalkan berlaku di beberapa daerah iaitu di Pahang, Bentong. Selangor di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan pula daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin. Manakala di Melaka dan Johor daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Menurut Smart Selangor Operations Centre (SSOC), mana-mana agensi perlu berwaspada terhadap risiko berlakunya banjir, banjir kilat dan ribut.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM