NEW DELHI : Demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham Pak Belang, seorang ibu di India nekad melawan haiwan tersebut dengan tangan kosong.
Menurut laporan Hindustan Times, haiwan mamalia yang dilaporkan sesat itu menerkam Archana Choudhary, 22, bersama bayi lelakinya berusia 15 bulan ketika mereka keluar dari rumah di Madhya Pradesh.
“Setelah ia cuba membaham anaknya, berlaku pergelutan antara harimau itu dan wanita berkenaan.
“Ibunya menjerit meminta tolong dari penduduk kampung yang kemudiannya bertindak membantu selepas haiwan itu cuba melarikan bayi tersebut,” menurut pegawai tempatan, Sanjeev Shrivastava.
A #tiger believed to have strayed from the nearby Bandhavgarh Tiger Reserve pounced on them, local official Sanjeev Shrivastava told AFP. It attacked and tried to sink its teeth into the #child's head but the #mother leapt to the rescue, he said. https://t.co/Mjphls6QEN
— ANews (@anews) September 7, 2022
Pengarah padang Rizab Harimau, Bandhavgarh BS Annegiri berkata harimau itu sudah lama berada di kawasan itu namun mereka tidak menyangka haiwan itu akan mencederakan penduduk sekitar.
Difahamkan, Choudhary yang cedera mendapatkan rawatan di hospital dan keadaan wanita itu bersama bayi lelakinya dilaporkan semakin baik.
Susulan insiden itu, penduduk kampung sekitar dinasihatkan supaya tidak keluar rumah pada waktu malam sebagai langkah berjaga-jaga dan operasi menjejaki haiwan itu turut dilancarkan.
Untuk rekod, aktiviti penebangan hutan secara berleluasa bagi projek pembangunan bandar telah menyumbang kepada konflik manusia-haiwan di seluruh Asia Selatan.
Data kerajaan menunjukkan hampir 225 terkorban di New Delhi akibat diserang harimau antara 2014 dan 2019.