Ibu tunggal pelarian tanggung makan minum anak dan cucu
AMPANG : Pada 13 Oktober, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyampaikan sumbangan berbentuk 58 buah kotak makanan kepada pelarian Rohingya di Kg. Tasik Permai, Ampang.
Setiap hari pelarian di sana mengharapkan ehsan orang ramai bagi menghulurkan bantuan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga.
Cabaran pandemik COVID19 menyebabkan mereka kehilangan punca pendapatan.
Bhanu Ali, 52, seorang ibu tunggal terpaksa menyara anak-anak serta cucunya dengan hanya bergantung pada bantuan orang ramai.
“Suami saya sudah meninggal 2 tahun lepas, saya ada kencing manis, anak-anak yang dah kahwin pun duduk bersama saya. Jadi saya kena tanggung semua yang ada dalam rumah ini,” keluh Bhanu.
Hidup Bhanu semakin sukar kerana mempunyai seorang cucu perempuan syndrom down dan menghadapi masalah jantung berlubang yang berumur tiga bulan. Ibu kepada bayi tersebut telah meninggal dunia kerana. menghidapi penyakit kanser.
Dalam pada itu, menurut Tuan Siddiq, Pegawai Task Force MAPIM,
“Kaum pelarian ini kuat. Kotak bantuan yang seberat 15 kilogram mereka angkut sendiri tanpa bantuan sesiapa. Ini menunjukkan bahawa mereka sudah terbiasa hidup susah, dan kita di MAPIM datang bagi meringankan beban mereka. Ini adalah tanda bahawa MAPIM sentiasa membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, tanpa mengira bangsa dan agama.”
Dalam pada itu, pasukan Task Force MAPIM Malaysia sentiasa bersedia 24 jam bagi menghantar bantuan kecemasan sekiranyanya diperlukan.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM
AYUHKITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038