JAKARTA : Indonesia mengeluarkan perintah baharu yang melarang warganegara belum dapatkan vaksin Covid-19 daripada melakukan perjalanan jauh, bermula 24 Disember hingga 2 Januari.
Perintah Menteri Dalam Negeri No. 66 Tahun 2021 tentang Pencegahan dan Pengawalan Covid-19 sepanjang Krismas 2021 dan Tahun Baru 2022 dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Tito Karnavian.
Penduduk yang belum divaksin atau yang tidak dapat divaksin atas sebab kesihatan dilarang melakukan perjalanan jauh di bawah peraturan ini.
“Hanya warganegara yang telah lengkap vaksin dibenarkan melakukan perjalanan jauh, walaupun mereka mesti menyerahkan ujian antigen pantas dalam tempoh 24 jam selepas berlepas,” katanya.
Menurut arahan terbaru yang dikeluarkan semalam, perjalanan jarak jauh menggunakan pengangkutan awam hendaklah diawasi oleh agensi kawalan Covid-19 kebangsaan.
Jika seseorang disahkan positif Covid-19 semasa dalam perjalanan, mereka mesti menjalani kuarantin kendiri di lokasi yang ditetapkan kerajaan untuk mengelakkan penularan.
Semua agensi kerajaan termasuk polis, jabatan perlindungan masyarakat, jabatan bencana daerah dan jabatan bomba telah diarahkan untuk meningkatkan kesediaan mereka mengikut arahan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini.
“Mereka mesti mengurus dan menyelia sebarang aktiviti awam yang mengganggu keamanan dan serta menyekat segala aktiviti melibatkan kumpulan besar di ruang awam, pusat hiburan, pelancongan dan tempat-tempat keagamaan,” jelas perintah itu.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM