
TORONTO : Jean Francois Oullette-Godin ditangkap atas kesalahan mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam di Lapangan Terbang Toronto Pearson, Kanada.
Pada 21 Mac lalu, polis mendapat laporan dari seorang saksi bahawa terdapat seorang lelaki melakukan perbuatan vandalisme sehingga menyebabkan barang dalam surau berkenaan musnah.
Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Peel, perlakuan ini dipercayai mempunyai unsur perkauman dan dianggap sebagai jenayah yang bemotifkan kebencian terhadap umat Islam.
“Kejadian ini melanggar kesucian ruang solat, tempat di mana masyarakat Islam kita dapat meluangkan masa untuk berdoa dan beribadat,” Ketua Polis Daerah Peel/Nishan Duraiappah
Polis Daerah Peel memaklumkan bahawa Jean Francois Oullette-Godin telah ditangkap oleh Polis Toronto dan dipindahkan ke dalam tahanan polis Peel.
Majlis Kebangsaan Muslim Kanada turut mengongsikan gambar menerusi ciapan di Twitter yang menunjukkan gambar di mana keadaan di dalam tempat ibadat di mana kitab-kitab suci Al-Quran bersepah di atas lantai.
Pihak The Greater Toronto Airports Authority (GTAA) menganggap kejadian itu sebagai “kejahatan yang menyayat hati” dan menyatakan bahawa mereka akan berkerjasama dengan pihak polis bagi membantu siasatan.
Mereka turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang dianggap tidak menghormati hak kebebasan terhadap sesuatu kaum.
Mahkamah telah menetapkan tarikh perbicaraan Ouellette-Godin yang dijadualkan pada 7 Jun di Brampton.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Kewartawanan – Hafeez Anuar